Nov 9, 2012

Totally rite !!!!

Aku terpanggil nak kupas isu ini..mengikut pengalaman aku la..


KESETIAAN WANITA DIUJI SAAT LELAKI TIADA APA-APA....

Yang ini aku setuju, kebanyakan wanita memang kalau boleh taknak hidup susah..so time suami tak dapat beri apa yang dia nak,so dia curi-curi keluar pintu belakang..Sebab perempuan ada 9 nafsu dan sukakan kemewahan...

Namun, tak semua perempuan macam tu..hanya segelintir sahaja..pada pandangan aku perempuan lebih pentingkan kebahagiaan daripada harta benda sebenarnya..bagi aku kalau suami bagi layanan dan perhatian super special,tak beli baju baru pun xpe..hehe..

Tapi bila time takde duit pastu lelaki wat perangai plak,haaa masa tula perempuan mula mengungkit pasal harta benda nih..kononnya dahla duit xde,perangai mcm setan..(contoh okeh)..hehe..

So kepada Lelaki, seandainya anda tak mampu memberi kemewahan harta benda kepada pasangan anda, cubalah penuhi hidup dia dengan kasih sayang dan perhatian, Insyaallah usaha anda sangat dinanti-nantikan...

KESETIAAN LELAKI DIUJI SAAT DIA MEMILIKI SEGALANYA...

Yang ni aku sangat setuju, sebab kebanyakan lelaki (bukan semua ok) akan setia dengan pasangan bila dia rasa susah, tapi bila dah senang dia dengan angkuhnya akan mencari wanita lain...

Ramai yang lupa diri bila dah mampu, seolah-olah duit boleh membeli segala-galanya..Kesetiaan terusik bila ada wanita lain mula memberi perhatian, walaupun perhatian sebenar kepada poket tebal anda..

Lelaki yang buta hati akan rasa megah dengan hidupnya..berasa sangat bangga bila diri menjadi perhatian wanita lain..membutakan mata dalam sedar..

Ingatlah wahai lelaki, siapa yang sanggup bersusah bersama-sama kamu sebelum kamu senang..Siapa yang setia bersamamu di saat kamu susah..Jangan biarkan dirimu diperbodohkan oleh si mata duitan...

Jadilah lelaki yang gagah, yang mampu melawan hawa nafsu yang merosakkan diri..Kongsikan nikmat kamu bersama orang yang sanggup bersusah payah bersama kamu..Setiap kebaikan yang engkau hulurkan akan mendapat balasan kebaikan juga..Dan keburukan yang engkau buat, balasan buruk jugalah yang akan kamu terima...

Hidup di dunia ni sementara sahaja, pilihlah untuk menghabiskan masa dengan perkara sia-sia atau memanfaatkan kehidupanmu bersama insan-insan tersayang...

No comments:

Post a Comment