Nov 24, 2012

JOM LAYAN..

Bukak FB, tgok baca post dari Dr Muhaya hari ni yang boelh dijadikan iktibar..memang semua yang dinyatakan tu ada kebenarannya..Buka mata, celik minda k..

sebelum melihat orang lain lihat diri dulu. keputusan hidup kita ia itu ketenangan kebahagiaan kesihatan dan kewangan kita bermula dari imej diri kita, jika positif maka positif hasil. Apa imej diri kita beri pada anak anak. setiap kali kita marah, hna , kutuk anak anak kita meracun imej diri dan bersedialah menerima anak yang kurang yakin diri dan akan melakukan aktivit merosakkan diri mereka dan orang keliling mereka. Jom audit.

Anak bermasaalah hasil ibu bapa bermasaalah. selagi ibu bapa tak berubah anak tak akan berubah. perkataan besar kepala anak anak tak timbul. ibu bapa yang besar kepala dengan Allah akan melahirkan anak yg besar kepala dgn mereka. Jom lihat diri.

Jika menantu derhaka pada kita cuba lihat diri kita. begitu juga anak kita, lelaki baik utk wanita baik. jika menantu kita tak baik apakah status anak kita hingga memilih menantu macam itu,. anak kita baik atau tak baik bergantung pada didikan kita. so akhirnya kita bertanggung jawab atas segala yang berlaku pada kita.

Ibu yang sentiasa marah anak sedang meracun jiwa anak anak. bersedia menerima masaalah di masa akan datang.

Orang yang bahagia sentiasa cari kebaikan orang. lihat Facebook status kita itulah indeks kebahagiaan kita.

Anak nakal sebab tidak ada aktiviti dan tidak cukup perhatian. Jom audit diri ibu bapa sekelian.

hanya orang yg benci diri akan benci orang hanya orang yg sayang diri akan sayang orang. jom audit.

para ibu bapa mulakan minta maaf pada anak anak atas kejahilan kita mendidik mereka hingga menjadi anak anak bermasaalah.

Jadikan mendidik anak menjadi ahli syurga tujuan hidup kita

No comments:

Post a Comment