Nov 11, 2012

Kari ayam & terung

Hari ni tekak rasa nak makan kari ayam...
Bukak blog Mat Gebu..
Copy resepi...
Cuma ada tolak tmbah skit2 ikot apa yg ada kt dapur aku..

Gambar tak semeriah gambar kari ayam mat gebu..hehe


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam
1 biji tomato
3 sb penuh rempah kari
2 sb cili kisar
1 keping asam gelugor
400 ml santan
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ayam (optional)
Terung
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 batang serai, dititik
2 tangkai duan kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :

1.Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan bahan kisar + rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

2.Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut. Tuang air hingga ayam tenggelam. Masukkan asam gelugor, kiub pati ayam (jika guna) dan sedikit garam.

3. Tuang santan, masukkan terung dan tomato.kacau rata dan biar mendidih, kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Boleh hidangkan ...

Thanks Mat Gebu for the recipe...:)

No comments:

Post a Comment