Aku tertarik tgok ni, lawak sungguh..hehe..
Pada pendapat aku ada betulnya jugak statement tu even just a joke tapi give meaning yg mendalam la..memang betul kadang-kadang mak mertua suka nak ajar itu ini sedangkan anak dia pun sebenarnya bermasalah..
Ada juga kes mak mertua suka sangat nk cari keburukan menantu, apa salahnya kalau dia didik anak dia untuk jadi menantu yang baik jugak rumah mak mertua..tak gitu??
Ada kes mak mertua sibuk tak suka menantu bangun lambat, pemalas dan macam-macam lagi..tapi pernah ke dia tanya anak dia sendiri tu kat rumah mertua ada bangun awal?ada rajin nak menolong?Kalau jawapannya tak pernah tanya apa anak sendiri buat, so jangan nak sibuk-sibuk kutuk menantu ye...
Aku pun xfahamla situasi masyarakat sekarang kenapa mak mertua suka sangat nk mencari salah terutama menantu perempuan..Apa salahnya jadi kawan kan?Layanla macam anak sendiri..Ingatla seburuk-buruk menantu perempuan tu pun dia yang masak untuk anak lelaki awak, dia yang basuh&gosok baju anak awak, dia yang melayan kerenah anak awak setiap hari selama bertahun-tahun..So terimalah sedikit kekurangannya, kerana nak dibandingkan banyak lagi kelebihan dirinya..
Aku bukanlah nak mengatakan menantu betul 100%, cuma berharap golongan mak mertua ni kenalah bertolak ansur dengan menantu..Even mak mertua yang terlebih dahulu makan garam dari menantu, tak bererti segala tindakan mak mertua itu betul semuanya..
Selagi menantu anda masih menghormati anda, dia masih menantu yang baik walaupun kadang-kadang ada terbangun lambat, terlambat masuk dapur..
Kepada mak mertua semua, jangan hanya mengharap anak orang (menantu) buat baik pada awak..tapi awak tak ajar anak awak buat baik pada mak orang (mertua)... Give and Take la baru semua adil dan bahagia selamanya...
* Bebelan di atas tidak ditujukan pada mak mertua aku @ mak mertua sape2..hanyalah pandangan umum sahaja..tidak berkaitan dengan yang hidup dan yang mati..PEACE NO WAR :)
No comments:
Post a Comment