Nov 2, 2012
Tiada Cinta Tiada Nafkah
Malam tadi tengok Semanis Kurma, tajuk yang dibincangkan adalah TIADA CINTA TIADA NAFKAH...
Antara pengajaran yang dapat diambil ialah :
1-Suami kena bagi nafkah kerana itu tanggungjawab pada Allah, even dah tak cinta pun tanggungjawab tetap harus dipenuhi..cinta dan tanggungjawab 2 perkara berbeza.
2-Isteri kena hormat suami walaupun suami tidak bertanggungjawab, mean isteri kena berbuat baik pada suami tu kewajipan isteri pada Allah..
3-Bina kemesraan selepas kawen, sentiasa mengorat pasangan..hehe...bukan masa bercinta je perlu mengorat,lepas kawen pn kena mengorat ok....
4-Suami yang tidak memberi nafkah tidak akan pernah berasa senang dengan hidupnya..Jadi memberilah kepada tanggungan kamu apa yang kamu mampu..kerana Allah akan melipatgandakan rezeki hambanya yang tidak kedekut..
5-Lastly, niat berbuat baik kerana Allah, bukan kerana manusia..Jangan berdendam dengan kesalahan orang lain, dan teruskan berbuat kebaikan yang dituntut oleh Agama..
Setiap pasangan harus menunaikan tanggungjawab masing-masing agar semua penghuni dalam keluarga dapat hidup dengan bahagia..bahagia di Dunia dan Bahagia di Syurga selamanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment