Malam ni rasa malas nak memasak...sebabnya ' masalah perempuan '...penat, mood kurang..so aku rasa malas nak berdiri memasak pegang senduk segala..
So aku decide nak buat lauk yang aku campak-campak bahan, then oven tolong masakkan untuk aku..sampai masa boleh terus ngaaappp!!
inilah ayam bakar MALAS..
aku sekarang lagi suka makan yang simple-simple..kalau yang beria sangat tu dah tak lalu rasanya..
Nov 28, 2012
Nov 24, 2012
SUP AYAM BERSAMA CENDAWAN
Salam Sabtu..
Selamat duduk rumah ye untuk aku dan anak-anak..En.B kena keje sampai Rabu, hambek ko! tak apelah, aku kena fikir positif supaya selalu awet muda..hehehe..so aku anggap weekend ni masa aku boleh rest sepuas-puasnya..nak tdo bangun pkul brape pun tak ada yang kisah..hehe melampau!
Cuma apa yang aku suka sebab dapat spend masa sepenuhnya dengan anak-anak, memandikan dorang, pakai baju, pakai bedak..best sebenarnya melayan kerenah anak-anak..
Then cuti camni aku ada masa untuk masak yang lebih special untuk anak-anak..special tu mean aku boleh sediakan makanan berkhasiat untuk dorang..
So hari ni aku plan nak masak lauk simple, yang mana satu masakan boleh digunapakai oleh budak kecik dan orang tua..hehe.
So aku decide masak sup ayam bersama cendawan untuk orang dewasa..bila dah masak aku asingkan bahagian anak-anak ke dalam periuk lain..
Untuk sup ayam dewasa aku tambah cili api 4 biji,tomato dan sedikit lada sulah..kalau ada cendawan memang aku suka letak lada sulah..memang kena dengan selera aku..
Untuk sup anak-anak aku letak sedikit kentang dan carrot..anak-anak aku tak suka sayur kenyal macam cendawan tu..
So simple kan, resepi ini boleh digunapakai (ayat formal beb) untuk ibu-ibu yang terlebih 'rajin' macam aku, disamping dapat memenuhi keperluan diet anak-anak anda!

JOM LAYAN..
Bukak FB, tgok baca post dari Dr Muhaya hari ni yang boelh dijadikan iktibar..memang semua yang dinyatakan tu ada kebenarannya..Buka mata, celik minda k..
sebelum melihat orang lain lihat diri dulu. keputusan hidup kita ia itu ketenangan kebahagiaan kesihatan dan kewangan kita bermula dari imej diri kita, jika positif maka positif hasil. Apa imej diri kita beri pada anak anak. setiap kali kita marah, hna , kutuk anak anak kita meracun imej diri dan bersedialah menerima anak yang kurang yakin diri dan akan melakukan aktivit merosakkan diri mereka dan orang keliling mereka. Jom audit.
Anak bermasaalah hasil ibu bapa bermasaalah. selagi ibu bapa tak berubah anak tak akan berubah. perkataan besar kepala anak anak tak timbul. ibu bapa yang besar kepala dengan Allah akan melahirkan anak yg besar kepala dgn mereka. Jom lihat diri.
Jika menantu derhaka pada kita cuba lihat diri kita. begitu juga anak kita, lelaki baik utk wanita baik. jika menantu kita tak baik apakah status anak kita hingga memilih menantu macam itu,. anak kita baik atau tak baik bergantung pada didikan kita. so akhirnya kita bertanggung jawab atas segala yang berlaku pada kita.
Ibu yang sentiasa marah anak sedang meracun jiwa anak anak. bersedia menerima masaalah di masa akan datang.
Orang yang bahagia sentiasa cari kebaikan orang. lihat Facebook status kita itulah indeks kebahagiaan kita.
Anak nakal sebab tidak ada aktiviti dan tidak cukup perhatian. Jom audit diri ibu bapa sekelian.
hanya orang yg benci diri akan benci orang hanya orang yg sayang diri akan sayang orang. jom audit.
para ibu bapa mulakan minta maaf pada anak anak atas kejahilan kita mendidik mereka hingga menjadi anak anak bermasaalah.
Jadikan mendidik anak menjadi ahli syurga tujuan hidup kita

CUCI MATA..
Boring sangat weekend En.B selalu outstation..Last weekend dapat balik awal ahad tu..sebab En.B bukan kaki shopping mcm aku so dia bawak kami kat sini..tempat yang luas untuk anak-anak berlari...
NASI GORENG EN.B
Last week balik keje memamg badan penat sangat sebab dua hari berturut bengkel,tak masuk opis..Balik rumah dengan badan lesu, mintak En.B masak dinner...Hasilnya...
Taraaaa...
~ Nasi Goreng + Telur mata + Ayam Goreng Berempah ~
Special sungguh, memang sedap!!isterimu yang tiap hari dok cakap nak diet ni makan sepinggan penuh, LICIN!!
Bila masak dengan kasih-sayang semuanya sedap belaka..Hasilnya body isterimu ini boleh jadi belon!hehe..
Thanks my lovely hubby for every single help..:)

MUFFIN BLUEBERRY
Berusaha untuk menghabiskan stok sebelum semuanya expired..al-maklumla empunya diri rajin membeli tetapi malas nak membuat..
~ blueberry lava melimpah dari gunung muffin ~
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem blueberry secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin berlubang 12 dengan paper cup. Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang di tengah2 tepung tadi.
Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi, sudu kan 3/4 camca teh jem blueberry.
Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba...

Nov 23, 2012
LAWAK PAGI..
Aku tertarik tgok ni, lawak sungguh..hehe..
Pada pendapat aku ada betulnya jugak statement tu even just a joke tapi give meaning yg mendalam la..memang betul kadang-kadang mak mertua suka nak ajar itu ini sedangkan anak dia pun sebenarnya bermasalah..
Ada juga kes mak mertua suka sangat nk cari keburukan menantu, apa salahnya kalau dia didik anak dia untuk jadi menantu yang baik jugak rumah mak mertua..tak gitu??
Ada kes mak mertua sibuk tak suka menantu bangun lambat, pemalas dan macam-macam lagi..tapi pernah ke dia tanya anak dia sendiri tu kat rumah mertua ada bangun awal?ada rajin nak menolong?Kalau jawapannya tak pernah tanya apa anak sendiri buat, so jangan nak sibuk-sibuk kutuk menantu ye...
Aku pun xfahamla situasi masyarakat sekarang kenapa mak mertua suka sangat nk mencari salah terutama menantu perempuan..Apa salahnya jadi kawan kan?Layanla macam anak sendiri..Ingatla seburuk-buruk menantu perempuan tu pun dia yang masak untuk anak lelaki awak, dia yang basuh&gosok baju anak awak, dia yang melayan kerenah anak awak setiap hari selama bertahun-tahun..So terimalah sedikit kekurangannya, kerana nak dibandingkan banyak lagi kelebihan dirinya..
Aku bukanlah nak mengatakan menantu betul 100%, cuma berharap golongan mak mertua ni kenalah bertolak ansur dengan menantu..Even mak mertua yang terlebih dahulu makan garam dari menantu, tak bererti segala tindakan mak mertua itu betul semuanya..
Selagi menantu anda masih menghormati anda, dia masih menantu yang baik walaupun kadang-kadang ada terbangun lambat, terlambat masuk dapur..
Kepada mak mertua semua, jangan hanya mengharap anak orang (menantu) buat baik pada awak..tapi awak tak ajar anak awak buat baik pada mak orang (mertua)... Give and Take la baru semua adil dan bahagia selamanya...
* Bebelan di atas tidak ditujukan pada mak mertua aku @ mak mertua sape2..hanyalah pandangan umum sahaja..tidak berkaitan dengan yang hidup dan yang mati..PEACE NO WAR :)

Nov 18, 2012
SINGGANG IKAN TONGKOL
Hari ni cuba masak ni plak...
Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
1 ekor ikan tongkol
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm lengkuas
1 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
3 biji cili padi
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa
Cara-cara
1. Masukkan hirisan bawang merah & putih serta lengkuas ke dalam periuk. Masukkan juga semua bahan lain.
2. Masak sehingga mendidih, rasa dan kalau dah cukup masam, masin dan pedas ok boleh tutup api.
JUGA BERSAMA....
~ Bayam Goreng bersama Fish Ball ~
Sebesen bayam bertukar menjadi sejemput bayam goreng bila dimasak.,ni macam cukup untuk aku sorang je ni..
Singgang ikan tongkol, bayam goreng di makan bersama budu dan petai..auuuuummm meletops!

Nov 17, 2012
HUKUM MEMUKUL ISTERI
Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul
hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian
Islam sebagai agama selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah
lembut dan bertimbang rasa didalam segala
hal, terutama sekali didalam perkara2 berhubung dengan rumah tangga
(isteri dan anak2).
Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud :
"Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan
yang paling lembut terhadap isterinya".
Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.
"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang
hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula,
tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad.
Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang
baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil
tindakan yang
keterlaluanterhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan
mengeluarkan kata-kata yang kesat yang boleh
menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.
Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah dan rujuklah kepada
AlQuran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat megatasi
segala masalah tanpa menghadapi apa-apa
kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal.
Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu
(sang suami) memberi mereka nasihat2, dan
berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka
jika mereka patuh kepada kamu, janganlah
mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah
Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu
bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang
tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya
keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka
antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu
adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti.
Begitulah ajaran Allah terhadap hamba2nya yang mahu beriman.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu
daud dan Ibnu Majah.
Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada
sang isteri. Pukulan itu hendaknya tidak
mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka isteri.
Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali.
Rata2nya ramai sang suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas
ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa
yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam
perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan
faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan
murka Allah.
Nov 15, 2012
Putera hati mama..
Snap on 15/11/2012...
~ Abg Vs Adik ~
~ Haaris Naufal Vs Aqil Zafran ~
~ macam kembar plak ~
~ Aqil : 2 Years 2 Months 1 weeks Old
~ Habit suka hisap jari ~
~ Naufal : 4 years 8 months 2 days Old
~ Abg Vs Adik ~
~ Haaris Naufal Vs Aqil Zafran ~
~ macam kembar plak ~
~ Aqil : 2 Years 2 Months 1 weeks Old
~ Habit suka hisap jari ~
~ Naufal : 4 years 8 months 2 days Old
" MAMA LOVES BOTH OF U WITH ALL MY HEART, U'RE EVERYTHING TO ME "
Cheezy Wedges + Nasi Goreng Cina & Sosej
Di suatu hari permulaan tahun baru Islam...
Kita layan cheezy wedges di rumah je..cuaca kat luar hujan, En.B pun keje..So isi masa dengan makan..makan..makan...
Untuk sarapan pagi layan cheezy wedges bersama Cocoa Collagen..
~ Guna Cheezy wedges powder yang dibeli di bakery shop, sungguh mudah ~
Untuk lunch plak masak nasi goreng cina bersama sosej..
~ Sedap wooooo ~
Masakan simple yang mudah, sedap dan paling penting menjimatkan masa..:)

Salam Maal Hijrah
Hijrah ke arah yang lebih baik..Semoga kita semua istiqamah dalam perubahan ini.
~ Jom kita sama-sama berdoa sebagai permulaan hari yang baik ~
Wanita Layak Memasuki Syurga Hanya Dengan Empat Syarat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan:
1. Sembahyang lima waktu
2. Berpuasa di bulan Ramadhan
3. Menjaga maruahnya
4. Mentaati perintah suaminya
maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Rasulullah SAW bersabda:
“Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”. (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
Insyaallah...

Nov 14, 2012
Produk Kecantikan..
Produk kecantikan ni dah sinonim dengan wanita, termasuk aku..siapa tak nak cantik nyah oiii...tapi masalah yang selalu kita hadapi ialah untuk cari produk terbaik..
Ini masalah utama aku, aku jenis cerewet untuk pilih produk, bukan tengok orang pakai muka jadi putih aku terus beli..perkara yang aku paling takut bahan kimia yg terdapat dalam produk tersebut..
Maybe sebab aku budak kimia aku alert sikit dengan isu bahan kimia ni, aku taknak la kulit cantik sementara, pastu terpaksa berdepan dengan risiko kulit menggelupas la, kulit menipisla, muka merah macam kena panggang..itu semua kalau boleh aku cuba nak elakkan..
Banyak produk yang aku perasan dapat bagi effect kulit putih dan gebu, tp lama skit kulit mula bermasalah..terutama produk pengelupasan..
Memang la teringin nak cuba bila tengok kawan-kawan muka bertambah cantik, tapi ketakutan aku mengatasi segala..huhu..last-last produk farmasi je jadi pilihan..
Aku rasa yakin dengan produk yang ada kat farmasi seperti Watson, Guardian....memang produk-produk ni tunjuk kesan yang lambat, tapi aku percaya produk yang beri kesan cepat tu terlebih hydroquinone..
Mode:masih mencari-cari produk bagus sekaligus tidak memberi kesan sampingan jangka masa panjang..

Nov 13, 2012
Telur Bungkus
Tadi godek-godek freezer tgok ada daging cincang lebih buat kuah spagetti hari tu..so lepas fikir-fikir aku rasa mcam nak buat telur bungkus..
~ dah ngap separuh baru teringat nak snap ~
Ini resepi yang aku ambik dari blog Myresepi.com
Bahan-bahan ( 2 Orang )
Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
Mix veggie - ikut suka nak byk mana
1 biji bawang besar - dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
1 biji bawang putih - dicincang kasar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
2 biji telur - dipukul sedikit
Garam & gula - secukup rasa
Lada sulah - secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara-cara
Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!

CupCakes..
Petang ni tetiba rasa nak try buat cupcake..cupcake biasa pernah buat..tapi yang cream icing segala belum pernah cuba....
Aku ada satu kelemahan, aku suka memasak tapi paling malas bab nak membasuh segala peralatan..since adik aku ada aku makin rajin memasak coz ada orang tolong membasuh..hehe..
Inilah hasilnya...
Fresh from oven..kegebuan terserlah..hehe
Memandangkan Si Abang suka makan cream icing, (kt psr mlm selalu nk beli cupcakes yg bermacam2 color tu), so aku decide nak buat deco-deco icing skit..
Bolehla stakat nak bagi anak makan, kalau nak buat bisnes memang fail..Bab rasa dah ok, bab menghias ni memang fail lagi..Maklumlah setahun sekali main ngan icing..wakakaka..
....
....
....
Satu perkara yang aku tak suka selalu terjadi bila buat kek, kuih, biskut.......
...akan ada yg akan mngeneng nak coklat tabur..bukan sekali tp 3-4x bertambah..huhu

Subscribe to:
Posts (Atom)