Dec 31, 2012

PAHIT MANIS 2012

2012 bakal menutup tirai..

Banyak suka duka yang aku tempuhi tahun ini..mungkin boleh dikatakan tahun paling mencabar dalam sejarah hidup aku..

Banyak kali aku tewas dengan kekhilafan diri sendiri..aku tenggelam dalam perasaan bila keinginan dan kemahuan tidak dipenuhi..aku hanyut dalam usaha mencari apa yang aku namakan sebagai kebahagiaan..

Namun setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..Hikmah yang membuatkan aku lebih kuat lebih dari apa yang ku bayangkan..

Dugaan membuat mata dan jiwaku celik..melihat kebaikan disebalik keburukan..dan semua itu membuatkan aku lebih positif..

Aku juga belajar untuk tidak mengharapkan penghargaan manusia, aku cuba belajar untuk menjadi diri sendiri..rasanya susah untuk terlalu menjaga hati manusia,buat baik pun tak semestinya dibalas baik..so aku ambik keputusan untuk jadi diri aku,tak perlu hipokrit dan tak terlalu memikirkan apa yang orang akan kata..


Tahun pertama aku bekerja, Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. Walaupun impian sebenar masih belum tercapai, aku bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan ini..sekurang-kurangnya dapat merubah diri aku sedikit demi sedikit.


Walaupun tahun ni aku klasifikasikan sebagai tahun yang paling mencabar dalam hidup aku, namun aku bersyukur masih dipanjangkan usia untuk menikmati kehidupan di Bumi Allah ini..

Dan aku bersyukur kerana mendapat kebahagiaan 'tak terduga' di akhir tahun ini..Semoga kebahagiaan dan perubahan itu berkekalan hingga ke syurga harapnya..

Selamat Tinggal 2012..Selamat Datang 2013..

Dec 27, 2012

KENANGAN POGH

Gambar Kenangan Selepas Bengkel Di Palace of The Golden HOrses...






Dec 26, 2012

TIADA DUKA YANG ABADI

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

CINTA SAMPAI MATI..


Alhamdulillah..



Dec 24, 2012

KEMAAFAN..

Wahai anakku,
Kalau engkau suka Allah ampunkan dosamu, maaflah kesalahan orang lain padamu. Kerana kemaafanmu di dunia jauh lebih mudah berbanding engkau memohon keampunan dari manusia di akhirat. Aku sangat takut akan golongan yang muflis diakhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah, mereka adalah golongan yang banyak amalan, namun semasa di dunia banyak melakukan penganiayaan terhadap manusia; lalu mereka menuntut darinya di akhirat sehingga habis segala pahalanya dan diganti pula dengan dosa.

Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan, untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoaan yang memusnahkan. Apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. Yang penting wahai anakku, keinsafan terhadap kesalahan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W Bersabda "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat. Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam kerana memperjuangkan agama Allah."

Wahai anakku,
Menangislah kerana dosamu, kerana tangisan itu akan mendapat rahmat dan kasihsayang Allah. Walau pun terlalu sukar manusia menangis kerana dosanya. Dan berjaga malamlah demi memperjuangkan agama Allah. Sabarlah wahai anakku di atas kepenatanmu sehingga tengah malam, di saat semua orang sedang tidur lena di buai mimpi, kamu masih berada di atas jalanraya menahan kepenatan dan keletihan memperjuangkan agama Allah.

Dec 23, 2012

NALURI HATI...

Di suatu saat, di sudut hati ini...

Aku ingin sekali, teramat mahu..namun hanya tersimpan di sudut hati..

Aku ingin sekali berkongsi betapa aku rindukan kehadiran seorang bayi..aku rindukan pengalaman 9 bulan mengandung...

Aku rindu untuk merasa si kecil menendang2 dalam perut..sampai terbawa-bawa kepada mimpi..

Aku rindu ingin mencium bauan yang paling wangi di dunia ini, wangian yang menenangkan..aku rindu untuk menikmati bau bayi yang suci tanpa secalit noda...

Entah berapa kali aku telah bermimpi, mimpi aku mengandung, mimpi aku melahirkan..terkadang aku tak mampu menipu diri sendiri, aku memang terlalu mengharapkan kehadirannya...

Ya Allah, Engkau perkuatkanlah jiwa aku agar aku dapat sepenuhnya menyusu anak-anakku yang akan datang..sesungguhnya aku kesal kerana tidak dapat melakukan sebelum ini..Ya Allah Engkau limpahkan rahmat air susu yang banyak dan berkhasiat untuk anak-anakku nanti...

Namun ada sesuatu kekangan yang membuat aku tidak pernah mengakui melalui bibir ini..Ada sesuatu yang aku tunggu sebelum wujudnya permata hati ketiga ini...

Ya Allah, Engkau makbulkan permintaan aku supaya aku bersedia untuk menerima kehadiran seorang lagi penyambung zuriat keluargaku ini...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hatiku, apa yang aku inginkan..

Berilah aku nikmat untuk merasai pengalaman yang akan menjadi kenangan terindah dalam hidupku..

Engkau bukakanlah hatinya, Engkau bukakanlah hatiku..Agar dengannya tumbuh zuriat yang mampu memberi kebahagiaan dunia & akhirat...




PLEASE DON' T !

Don't cheat in relationship. if you are not happy then just leave


“Don’t cheat on the one you could have spent your life with, for someone you wanted just for the night”


If you cheat on a girl that’s willing to do anything for you, you actually cheated yourself out of true loyalty.


Treat me like a queen and i'll treat you like a king..Treat me like a game and i'll show you how it's played.


Dec 13, 2012

WAITING MODE...

Ya Allah..

Semalam aku dikejutkan dengan satu khabar, yang boleh membuat aku tersangat gembira atau boleh juga membuat aku kecewa..

Seandainya impian aku yang satu itu tercapai, sempurnalah hidup ini..sangat sempurna..sesuatu yang begitu lama aku nantikan..

Seandainya ia bukan milik aku..aku redha dan aku terus menunggu hingga tiba saat terindah itu..

Cepatlah keputusan menjadi muktamad ye..aku resah gelisah menunggu..

Andai kali ini bukan berita baik untukku, aku yakin Allah mentakdirkan sesuatu yang lebih baik untukku suatu hari nanti..

Amin Ya Allah..

Dec 11, 2012

~*SEKADAR RENUNGAN*~



Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Dec 5, 2012

7 TIPS KELUARGA BAHAGIA DARI USTAZAH SITI NOR BAHYAH




1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Nov 28, 2012

CAMPAK-CAMPAK AJE..

Malam ni rasa malas nak memasak...sebabnya ' masalah perempuan '...penat, mood kurang..so aku rasa malas nak berdiri memasak pegang senduk segala..

So aku decide nak buat lauk yang aku campak-campak bahan, then oven tolong masakkan untuk aku..sampai masa boleh terus ngaaappp!!

inilah ayam bakar MALAS..



aku sekarang lagi suka makan yang simple-simple..kalau yang beria sangat tu dah tak lalu rasanya..

Nov 24, 2012

SUP AYAM BERSAMA CENDAWAN

Salam Sabtu..

Selamat duduk rumah ye untuk aku dan anak-anak..En.B kena keje sampai Rabu, hambek ko! tak apelah, aku kena fikir positif supaya selalu awet muda..hehehe..so aku anggap weekend ni masa aku boleh rest sepuas-puasnya..nak tdo bangun pkul brape pun tak ada yang kisah..hehe melampau!

Cuma apa yang aku suka sebab dapat spend masa sepenuhnya dengan anak-anak, memandikan dorang, pakai baju, pakai bedak..best sebenarnya melayan kerenah anak-anak..

Then cuti camni aku ada masa untuk masak yang lebih special untuk anak-anak..special tu mean aku boleh sediakan makanan berkhasiat untuk dorang..

So hari ni aku plan nak masak lauk simple, yang mana satu masakan boleh digunapakai oleh budak kecik dan orang tua..hehe.

So aku decide masak sup ayam bersama cendawan untuk orang dewasa..bila dah masak aku asingkan bahagian anak-anak ke dalam periuk lain..


Untuk sup ayam dewasa aku tambah cili api 4 biji,tomato dan sedikit lada sulah..kalau ada cendawan memang aku suka letak lada sulah..memang kena dengan selera aku..


Untuk sup anak-anak aku letak sedikit kentang dan carrot..anak-anak aku tak suka sayur kenyal macam cendawan tu..

So simple kan, resepi ini boleh digunapakai (ayat formal beb) untuk ibu-ibu yang terlebih 'rajin' macam aku, disamping dapat memenuhi keperluan diet anak-anak anda!





JOM LAYAN..

Bukak FB, tgok baca post dari Dr Muhaya hari ni yang boelh dijadikan iktibar..memang semua yang dinyatakan tu ada kebenarannya..Buka mata, celik minda k..

sebelum melihat orang lain lihat diri dulu. keputusan hidup kita ia itu ketenangan kebahagiaan kesihatan dan kewangan kita bermula dari imej diri kita, jika positif maka positif hasil. Apa imej diri kita beri pada anak anak. setiap kali kita marah, hna , kutuk anak anak kita meracun imej diri dan bersedialah menerima anak yang kurang yakin diri dan akan melakukan aktivit merosakkan diri mereka dan orang keliling mereka. Jom audit.

Anak bermasaalah hasil ibu bapa bermasaalah. selagi ibu bapa tak berubah anak tak akan berubah. perkataan besar kepala anak anak tak timbul. ibu bapa yang besar kepala dengan Allah akan melahirkan anak yg besar kepala dgn mereka. Jom lihat diri.

Jika menantu derhaka pada kita cuba lihat diri kita. begitu juga anak kita, lelaki baik utk wanita baik. jika menantu kita tak baik apakah status anak kita hingga memilih menantu macam itu,. anak kita baik atau tak baik bergantung pada didikan kita. so akhirnya kita bertanggung jawab atas segala yang berlaku pada kita.

Ibu yang sentiasa marah anak sedang meracun jiwa anak anak. bersedia menerima masaalah di masa akan datang.

Orang yang bahagia sentiasa cari kebaikan orang. lihat Facebook status kita itulah indeks kebahagiaan kita.

Anak nakal sebab tidak ada aktiviti dan tidak cukup perhatian. Jom audit diri ibu bapa sekelian.

hanya orang yg benci diri akan benci orang hanya orang yg sayang diri akan sayang orang. jom audit.

para ibu bapa mulakan minta maaf pada anak anak atas kejahilan kita mendidik mereka hingga menjadi anak anak bermasaalah.

Jadikan mendidik anak menjadi ahli syurga tujuan hidup kita

CUCI MATA..

Boring sangat weekend En.B selalu outstation..Last weekend dapat balik awal ahad tu..sebab En.B bukan kaki shopping mcm aku so dia bawak kami kat sini..tempat yang luas untuk anak-anak berlari...























NASI GORENG EN.B

Last week balik keje memamg badan penat sangat sebab dua hari berturut bengkel,tak masuk opis..Balik rumah dengan badan lesu, mintak En.B masak dinner...Hasilnya...

Taraaaa...

~ Nasi Goreng + Telur mata + Ayam Goreng Berempah ~

Special sungguh, memang sedap!!isterimu yang tiap hari dok cakap nak diet ni makan sepinggan penuh, LICIN!!

Bila masak dengan kasih-sayang semuanya sedap belaka..Hasilnya body isterimu ini boleh jadi belon!hehe..

Thanks my lovely hubby for every single help..:)

MUFFIN BLUEBERRY

Berusaha untuk menghabiskan stok sebelum semuanya expired..al-maklumla empunya diri rajin membeli tetapi malas nak membuat..

~ blueberry lava melimpah dari gunung muffin ~

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem blueberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin berlubang 12 dengan paper cup. Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang di tengah2 tepung tadi.
Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi, sudu kan 3/4 camca teh jem blueberry.
Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba...

Nov 23, 2012

LAWAK PAGI..

Aku tertarik tgok ni, lawak sungguh..hehe..




Pada pendapat aku ada betulnya jugak statement tu even just a joke tapi give meaning yg mendalam la..memang betul kadang-kadang mak mertua suka nak ajar itu ini sedangkan anak dia pun sebenarnya bermasalah..

Ada juga kes mak mertua suka sangat nk cari keburukan menantu, apa salahnya kalau dia didik anak dia untuk jadi menantu yang baik jugak rumah mak mertua..tak gitu??

Ada kes mak mertua sibuk tak suka menantu bangun lambat, pemalas dan macam-macam lagi..tapi pernah ke dia tanya anak dia sendiri tu kat rumah mertua ada bangun awal?ada rajin nak menolong?Kalau jawapannya tak pernah tanya apa anak sendiri buat, so jangan nak sibuk-sibuk kutuk menantu ye...

Aku pun xfahamla situasi masyarakat sekarang kenapa mak mertua suka sangat nk mencari salah terutama menantu perempuan..Apa salahnya jadi kawan kan?Layanla macam anak sendiri..Ingatla seburuk-buruk menantu perempuan tu pun dia yang masak untuk anak lelaki awak, dia yang basuh&gosok baju anak awak, dia yang melayan kerenah anak awak setiap hari selama bertahun-tahun..So terimalah sedikit kekurangannya, kerana nak dibandingkan banyak lagi kelebihan dirinya..

Aku bukanlah nak mengatakan menantu betul 100%, cuma berharap golongan mak mertua ni kenalah bertolak ansur dengan menantu..Even mak mertua yang terlebih dahulu makan garam dari menantu, tak bererti segala tindakan mak mertua itu betul semuanya..

Selagi menantu anda masih menghormati anda, dia masih menantu yang baik walaupun kadang-kadang ada terbangun lambat, terlambat masuk dapur..

Kepada mak mertua semua, jangan hanya mengharap anak orang (menantu) buat baik pada awak..tapi awak tak ajar anak awak buat baik pada mak orang (mertua)... Give and Take la baru semua adil dan bahagia selamanya...

* Bebelan di atas tidak ditujukan pada mak mertua aku @ mak mertua sape2..hanyalah pandangan umum sahaja..tidak berkaitan dengan yang hidup dan yang mati..PEACE NO WAR :)

Nov 18, 2012

SINGGANG IKAN TONGKOL

Hari ni cuba masak ni plak...



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

1 ekor ikan tongkol
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm lengkuas
1 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
3 biji cili padi
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Cara-cara

1. Masukkan hirisan bawang merah & putih serta lengkuas ke dalam periuk. Masukkan juga semua bahan lain.

2. Masak sehingga mendidih, rasa dan kalau dah cukup masam, masin dan pedas ok boleh tutup api.

JUGA BERSAMA....

~ Bayam Goreng bersama Fish Ball ~
Sebesen bayam bertukar menjadi sejemput bayam goreng bila dimasak.,ni macam cukup untuk aku sorang je ni..


Singgang ikan tongkol, bayam goreng di makan bersama budu dan petai..auuuuummm meletops!

Nov 17, 2012

POKOK




HUKUM MEMUKUL ISTERI



Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul
hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian
Islam sebagai agama selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah
lembut dan bertimbang rasa didalam segala
hal, terutama sekali didalam perkara2 berhubung dengan rumah tangga
(isteri dan anak2).

Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud :

"Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan
yang paling lembut terhadap isterinya".
Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang
hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula,
tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad.

Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang
baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil
tindakan yang
keterlaluanterhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan
mengeluarkan kata-kata yang kesat yang boleh
menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.

Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah dan rujuklah kepada
AlQuran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat megatasi
segala masalah tanpa menghadapi apa-apa
kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal.

Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu
(sang suami) memberi mereka nasihat2, dan
berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka
jika mereka patuh kepada kamu, janganlah
mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah
Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu
bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang
tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya
keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka
antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu
adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti.

Begitulah ajaran Allah terhadap hamba2nya yang mahu beriman.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu
daud dan Ibnu Majah.

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada
sang isteri. Pukulan itu hendaknya tidak
mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka isteri.
Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali.
Rata2nya ramai sang suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas
ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa
yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam
perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan
faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan
murka Allah.

Nov 15, 2012

Putera hati mama..

Snap on 15/11/2012...


~ Abg Vs Adik ~

~ Haaris Naufal Vs Aqil Zafran ~

~ macam kembar plak ~

~ Aqil : 2 Years 2 Months 1 weeks Old

~ Habit suka hisap jari ~

~ Naufal : 4 years 8 months 2 days Old








" MAMA LOVES BOTH OF U WITH ALL MY HEART, U'RE EVERYTHING TO ME "