Aku pelik dengan manusia yang suka dengki pada orang, tak boleh orang lebih dari dia,suka bawak mulut, suka api-apikan orang...
Yes,sifat cemburu tu memang semua orang ada..aku pun ada,tapi rasanya tak perlu la cemburu sampai berusaha nak jatuhkan orang..menyebarkan fitnah, mereka-reka cerita buruk untuk menjatuhkan orang..
Aku pun rasa pelik, aku pernah kena satu fitnah yang aku tak pernah terfikir pun untuk buat ape yang dia cakap tu..Mean dia tu lagi kenal diri aku dari aku sendiri gamaknya..Memang mula-mula aku rasa sakit hati, tapi lepas tu aku sedar bahawa orang yang dengki tu sebenarnya rasa aku lebih hebat dari dia, sebab tu dia sibuk nak menjatuhkan aku..Then orang yang dengki tu sebenarnya dia nak apa yang aku dapat, dan dia tak dapat apa yang aku ada...
Aku sebenarnya bukan siapa-siapa pun, bukan kaya raya, bukan bermewahan-mewahan dengan barang branded..orang yang dengki pada aku tu buta gamaknya..
So kesimpulannya aku amat suka kata-kata ini, akan aku jadikan azimat hidup aku..
Aku sangat setuju dengan pernyataan ini, memang hidup ni kalau asyik dok pikir apa yang orang akan kata aku takkan pernah bahagia..
No comments:
Post a Comment