Jan 24, 2013

BAHAGIA VS SEMPURNA...

Bahagia dan sempurna..mana yang anda pilih??

Semua orang bercakap pasal sempurna a.k.a PERFECT..semua nak hidup sempurna,pasangan sempurna, anak sempurna...

Namun kadang-kadang PERFECT itu tidak membahagiakan...orang yang perfect itu tidak bahagia..

Why? kenapa? Sebab aku sendiri kadang-kadang terlalu inginkan kesempurnaan dalam hidup..

Sifat aku nak rumah sentiasa kemas, selepas dah siap bersihkan rumah aku harap rumah kekal bersih, tapi dengan kehadiran anak-anak yang tak mengenal ape erti rumah kemas itu mnyebabkan aku berulang kali kena sapu rumah..makan biskut, habis atas lantai..tu belum campur time dh kenyang dia bleh park makanan merata-rata..memang rasa stress bila anak buat perangai tak jaga kebersihan..Then aku fikir semula, kenapa aku perlu menyusahkan diri utk memastikan 'kebersihan' sepanjang masa sedangkan jiwa rasa tak tenang..apa pentingnya kebersihan tu kalau jiwa rasa tertekan..so aku decide bagi peluang kepada anak-anak utk teroka apa yang diorang nak,bila dh puas main baru aku kemas..biarlah rumah macam tongkang pecah, asal anak-anak puas bermain..then anak-anak masih kecil untuk dihukum,cuma aku cuba untuk mengajar mereka menjadi insan yang lebih berdisiplin dalam menjada kekemasan rumah..

Aku juga selalu mengharap suami menjadi seorang suami yang sempurna..namun semua itu hanya menjadi bebanan jiwa kerana manusia tidak mampu dapat memenuhi kehendak kita..aku cuba untuk menjadi seorang isteri yang menerima suami seadanya, menutup mata di atas kekurangan yang tidak aku senangi..cuba tidak ambil tahu apa yang dia buat di luar sana, kerana semakin kita ambil tahu semakin fikiran jadi tak tenang, muncul segala syak wasangka..Then aku memilih untuk tidak mengambil tahu, itu menjadikan jiwa aku lagi tenang..

Aku juga pernah berjimat cermat simpan duit supaya ada saving yang banyak dalam bank..tapi aku sedar, semua tu tak dapat buat aku gembira sebab aku terpaksa tahan keinginan aku..then aku decide ada bahagian untuk aku dapatkan barang impian aku dan ada bahagian untuk simpanan..

Siapa kata sempurna itu bahagia, apa guna mengejar kesempurnaan yang sebenarnya tidak dapat memberikan kita kebahagiaan?

Begitu juga dengan anak,semua orang inginkan anak yang sempurna, comel, cerdik, baik budi pekerti..tetapi untuk didik anak jadi manusia sempurna itu bukan sesuatu perkara mudah..jadi, terimalah kelebihan dan kekurangan mereka, kerana kadangkala kekurangan mereka itu mampu menghiburkan hati kita...

Kita juga jangan terlalu mengharapkan orang beri layanan terbaik untuk kita, tetapi kita yang perlu lakukan yang terbaik untuk membahagiakan diri sendiri..jangan terlalu bergantung kepada orang lain untuk merasa bahagia, kerana jika keinginan tersebut tak terpenuhi kita akan kecewa..kita yang perlu memilih, pilihan di tangan kita, untuk memilih bahagia atau sebaliknya..

No comments:

Post a Comment