Oct 2, 2013

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEMAS S27

ASSALAMUALAIKUM...

Aku up this entry untuk kenangan diri sendiri dan juga untuk info bersama rakan-rakan yang berminat untuk memohon jawatan ni..

Ok, lebih kurang 2 minggu selepas closing date untuk jawatan ni aku terima satu phone call by staff KEMAS..dia minta untuk datang interview dekat KEMAS di Jalan Ipoh KL pukul 8.00 a.m dengan berpakaian sukan.

Dan setibanya aku kat sana tengok ramai candidate almost 200 jgkla (calon Putrajaya dan KL sahaja)..selepas dorang ambik kehadiran start interview by group..ada 2 bilik untuk panel masa tu..for those yg dah siap interview plak perlu melakukan ujian kecergasan..kena lari dalam 2.5 km..

tunggu punya tunggu turn aku dalam pukul 3 pm camtu..masa tu mekap semua dah cair,muka penat sangat2 sebab cuaca sangat panas..soalan pertama yang ditanya adalah:

1. Tell me about youself. (sorang2 in group of 5 person)
2. Apa yang anda faham tentang TABIKA dan TASKA?
3. Apa yang anda lakukan untuk membangunkan sesebuah TADIKA?
4. Apa itu NKRA?
5. Apa pandangan kita berkaitan kes rasuah yang berleluasa sekarang?
6. Apa sumbangan kita kepada masyarakat?
7. dan lain-lain isu semasa (dah tak ingat)

selepas interview start la ujian fizikal,sebolehnya cuba la lari jugak even xlarat ke ape..sebab markah dikira berdasarkan ujian tersebut..disebabkan cuaca panas terik aku pun kuatkanla semangat lari, kejap lari kejap jalan..Akhirnya berjaya menghabiskan larian tersebut dalam masa 18 minit.

then 2 minggu selepas interview keluar result kt website..Alhamdulillah aku berjaya dan kena start kursus seminggu kemudiaannya.Ape aktiviti sepanjang kursus tersebut akan aku ceritakan balik ye..

So apa yang perlu diberi perhatian untuk temuduga adalah:

1. Datang tepat pada masa.
2. Sebelum interview buat research berkenaan jawatan yang dipohon dan isu semasa.
3. Semasa group interview cuba tonjolkan diri dengan jawapan bernas.
4. Cuba tamatkan larian anda untuk ujian kecergasan.

Ok itu sahaja pengalaman yang dapat aku share. Next week baru start orientasi dan kursus selama lebih kurang 3bulan.

Semoga semuanya dipermudahkan. Amin Ya ALLAH.

4 comments:

  1. salam
    klu dah gi kursus tu dah confirm dapat kan?
    kursus 3bln tu tgal kat hostel ker?

    ReplyDelete
  2. Haii akak.. boleh tak mintak email? atau pun akak boleh email saya jika berkelapangan.. zizanchua@gmail.com .. saya ingin bertanya beberapa soalan perkara mengenai jawatan ni.. terima kasihhhh

    ReplyDelete