Oct 26, 2013

ORIENTASI DI KEM BUMI JATI

ASSALAMUALAIKUM..

Baru dapat peluang untuk ceritakan pengalaman orientasi di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun Shah Alam..Orientasi untuk Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Aku sampai sana lebih kurang pukul 4 pm..dihantar oleh suami tercinta..masuk je dewan untuk sesi pendaftaran ada staff yang menegur "cikgu nak daftar ke?"..rasa serba salah..dia panggil sape ek?tp tgok muka aku..belum ape-ape dh panggil cikgu..huhu terasa kejanggalan di situ..

Selepas pendaftaran di beri bilik..pukul 6 pm semua diminta berkumpul di dewan untuk pre-test..aduh!baru je smpai kna jawab test plak..tengok soalan mak aiii tak terkata..sejarah KEMAS,tahun projek itu ini,ape aktvti dari zaman dolu-dolu smpai skrg..mak aiii tak pernah tahu menahu pasal ni..dan al kisahnya majori FAIL untuk pre test ini termasuklah AKU..hahaha..

Dan malam tu selepas sesi ice breaking diberikan group serta tugasan kumpulan..Alhamdulillah bermulalah persahabatan aku dengan kawan-kawan group bernama Tok Gajah..Ahli group Eqin,Kak Lina,Fizah,Wani,Fira,Akma,Easther,As,Nazirah,Syah,Bad dan Rini (wajib mention takut lupa)..dan tugasan pertama yg kami kena buat ialah buat bendera kumpulan,lagu kump,motto kump dan sorakan kump..dan malam tu kena dera nyanyi lagu KEMAS smpai penyelaras semua berpuas hati..lepas tu berkumpul ahli group untuk buat tugasan kumpulan pulak..kali pertama dalam sejarah aku tidur pukul 5.15 am dan bangun kol 5.30 am..uwaaaaaa

Seterusnya kenangan pahit bila kena denda letak kerusi bermeja tu atas kepala masing2,letak kasut atas bahu dan macam-macam lagi..huhuhu..

tapi part yang paling tak boleh dilupakan adalah aktiviti kembara..inilah aktiviti yang makin mengeratkan persahabatan antara kami..

~ Tok Gajah dalam dewan ~

~sesi bersama fasilitator~

~malam main tembak tepung dan belon air ~

~class dgn fasi~

~sukaneka~

~pengembaraan bermula,semua comel-comel lagi masa ni~


~sesi masak-masak bermula~


~chef comot mula beraksi~


~penolong kumpulan tercomot~


~sayur kobis goreng,sardin,telur hancur..sedap smpai menjilat jari~


~kenangan sebelum balik ke kem~



~sesi syok sendiri~


Kenangan orientasi di Kem Bumi Jati tidak akan dilupakan..segala pahit manis yang dilalui menjadi memori paling manis untuk kenangan hari ini..Amin Ya Allah.

1 comment:

  1. Assalamulaikum. Semoga dapat amalkan segala ilmu yang dipelajari di tempat kerja nanti. Pihak kami ada menyediakan rumah tumpangan @ homestay di kampung bukit naga shah alam. Layari blog kami di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete