Oct 1, 2013

PELANGI SELEPAS HUJAN..

Assalamualaikum..

Hari ni ada dua berita..gudnews and badnews..i'll start with bad news first so that the ending of the story is always happiness..

Actually pagi ni aku n hubby bawak aqil check up sebab kaki kirinya membengkak..kami sangka gigitan serangga.namun penjelesan dari doc buat aku sedikit gelisah..aqil kena cellulisis, jangkitan bakteria ke atas sel-sel..punca mungkin dari gigitan serangga, apabila luka bakteria masuk melalui salur yang terbuka dan menyerang sel-sel badan..dan infection ini sangat bahaya..doc mintak refer ke hospital untuk tindakan selanjutnya..

Tapi aku jenis bangsa penakut dengan hospital, so aku mintak doc bagi tempoh supaya dapatkan antibiotik terlbih dahulu..then doc bagi masa 3hari consume antibiotic, if takde perubahan terpaksa refer ke hospital jugakla..

Balik rumah rasa sayu sangat hati, sebab 2x selasa aku cuti..cuti interview dan cuti sakit..sedih bila fikir aku terpaksa memilih untuk pentingkan kerjaya atau anak-anak..memang rasa sebak dalam hati sebab naluri seorang ibu anak lebih penting dari segala-galanya..so aku ambik keputusan untuk cuti je hari ni..takpe duit boleh dicari, tapi nyawa anak tiada tolok gantinya..rezeki Allah yang tentukan, aku sebagai ibu harus bagi yang terbaik untuk anak-anak..

Hubby keluar ke tempat keje aku terus capai fon and contact my mum..bagitahu keadaan aqil..walhal dalam hati sebenarnya aku nak melepaskan rasa sedih dan terkilan..itulah kuasa seorang ibu, anak yang dah punya suami tetap mencari seorang ibu bila berdepan dengan kesedihan..selepas bercakap dengan ma hati rasa tenang..

tiba-tiba tengok ada msg dekat wechat group KEMAS (group yg sama interview 2 mgu lepas)..masing-masing frust menggila sebab tak berjaya untuk kursus tersebut..masa tu harapan tinggal harapan, bila semua kawan-kawan tak berjaya aku jugak rasa give up..rasa confirm aku senasib dengan dorang..

Namun cepat2 bukak lappy, key in IC no...Alhamdulillah Ya Allah sesungguhnya kuasa-Mu terlalu besar..Aku rasa tak percaya, terasa seperti di awangan..betul ke aku berjaya??beberapa kali aku cuba semak dan ternyata aku tak bermimpi..Amin Ya Allah..

Orang pertama yang aku khabarkan berita gembira ini adalah En.Hubby..sangat excited masa tu..Dan orang kedua orang yg aku contact adalah ibu aku..Alhamdulillah berkat doa ibu..dan seterusnya kawan-kawan..

Alhamdulillah Ya Allah Engkau telah perkenankan permintaanku..Aku memohon kepada-Mu permudahkanlah segala urusannya nanti..Engkau berilah aku ketabahan dalam mengharungi pahit getir cabaran yang bakal aku hadapi nanti Ya Allah..Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku berserah..

Terasa besarnya kekuasaan-Mu Ya Allah..jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur..Amin.

No comments:

Post a Comment