Mar 6, 2013

KESEDARAN

Ya Allah tiada perkataan yang mampu aku ucapkan untuk menggambarkan betapa bersyukurnya diriku di atas segala Rahmat-Mu..Hari ini ketenangan hati ku disentap, walau pengakhirannya tiada bad stories tapi kejadian itu membuka mata aku betapa besarnya Kuasa-Mu Ya Allah..

Selepas lunch tadi aku dapat panggilan telefon dari pengasuh anak-anak..hari pertama di rumah pengasuh tersebut kerana taska tempat mereka dijaga terpaksa ditutup seminggu untuk tujuan kuarantin pencegahan penyakit kaki, tangan dan mulut..Berita yang sangat mengejutkan aku adalah anak aku hilang!!

Kata pengasuh tersebut dia tinggal anak2 aku untuk buang sampah dan ke kedai sebelah apartment. bila sampai kat rumah pintu terbukak dan anak-anak aku tak ada..dengan segera dia mencari sekitar blok tapi tak jumpa. Then dia terfikir untuk kontek kawan aku tanya alamat rumah aku..dan bila sampai di sana jumpa anak-anak aku bersama seorang lelaki.

Ya Allah, bila ditanya pada Naufal katanya acik lambat sangat tu yang dia nak balik rumah..Ya Allah aku amat-amat bersyukur pada-Mu, dalam kelalaian aku ni Engkau masih memberi yang terbaik pada aku..Di saat aku melupakan-Mu tapi Engkau sedikit pn tidak pernah melupakan aku..

Ya Allah tak sanggup aku bayangkan jika anak-anak aku tidak dijumpai..adakah aku masih waras untuk menjadi seorang manusia?untuk membayangkan pun aku rasa tak sanggup apalagi untuk menghadapi realiti??

Ya Allah, ujian sedetik ini membuka mataku betapa Engkau Maha Penyayang ke atas hamba-Mu yang jahil ini. Ujian sedetik ini membuat aku sedar ertinya kasih-sayang..

Ya Allah,aku bersyukur kerana Engkau tidak mengambil nikmat-nikmat hidup (anak2) yang telah Engkau kurniakan kepadaku..Aku bersyukur kerana mereka masih menjadi milikku, menjadi penyeri hidupku..

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu lindungilah keluargaku dari segala kejahatan dan dari segala niat buruk orang..Amin.

No comments:

Post a Comment