Mar 4, 2013

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Just ingin mencoretkan apa yang aku rasa sekarang..Aku rasa sangat bersyukur Ya Allah kerana Engkau telah melapangkan rezeki kami..Aku berasa tersangat cukup dengan rezeki yang Engkau kurniakan..

Diberi ujian anak sakit selama 2 minggu, aku tidak dapat meneruskan tugasan seperti biasa kerana anak tidak dapat dihantar ke taska, dalam hati mulai bimbang kerana aku pekerja kontrak yang dibayar gaji hari..Namun sebagai seorang ibu wang bukanlah keutamaan, aku redha andai rezeki ku berkurang bulan tersebut..

Namun, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, Dia anugerahkan aku rezeki yang lebih banyak daripada gaji aku yang sepatutnya..Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau utuskan seseorang menjadi pengantara antara rezeki Engkau kepada aku iaitu suamiku sendiri..

Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau memberi aku ujian menjaga anak sakit, namun Engkau membalasnya dengan rezeki yang melimpah..

Sesungguhnya jadikanlah aku hamba-Mu yang selalu bersyukur kepada-Mu disaat susah mahupun senang, Jauhkanlah aku dari menjadi hamba-Mu yang suka merungut dan tidak bersyukur..

Terima Kasih juga kepada En. Suami yang sangat memahami dan sangat pemurah. Semoga Allah merahmati hidupmu dan memberi rezeki yang berlipat kali ganda..Amin.

No comments:

Post a Comment