SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUTERA MAMA ABDUL HAARIS NAUFAL BIN ABDUL MUIZZ YANG KELIMA..
Masih segar dalam ingatan saat-saat ingin melahirkan..Masuk ward pukul 8.00 dan pukul 3 pagi baru melahirkan..betapa sakit yang sebetul-betul sakit..Namun dengan kuasa Allah kesakitan itu digantikan dengan nikmat yang tak terhingga.
Betapa kuatnya kasih seorang ibu muda pada anaknya..
Buat Abang..
Lahirmu suatu nikmat..
Betapa kuat dan dalam rasa yang tumbuh di sudut hati..
Ternyata kasihku padamu melebihi segala..
Engkaulah duniaku..
Mama bangga dengan kepintaranmu..
Mama bahagia dengan kasih-sayangmu..
Mama bersyukur dengan sikapmu..
Mama senang dengan segala tentang dirimu..
Mama bersyukur kerana Abang anak yang baik, terlalu baik..Dari lahir sehingga sekarang Abang tak pernah menyusahkan mama dan papa..
Mama harap kita bukan sahaja anak dan ibu, tetapi kita akan jadi kawan baik sampai bila-bila..
Gambar pertama beberapa jam selepas dilahirkan..13.03.2008
ini birthday present dari papa..
- ipad mini -
Mar 13, 2013
Mar 8, 2013
SELAMAT HARI WANITA
Hebatnya Wanita
===========
Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda. Selamat Hari Wanita ♥

Mar 7, 2013
RENUNGAN HATI
Alangkah tenangnya hati
Jika memilih maaf dari dendam
Jika memilih cinta dari benci
Jika memilih senyum dari amarah
Jika memilih syukur dari kufur
Jika memilih taqwa dari putus asa
Jika memilih sopan dari hinaan
Jika memilih diam dari banyak bicara
Jika memilih sabar dari kesombongan
Jika memilih maaf dari dendam
Jika memilih cinta dari benci
Jika memilih senyum dari amarah
Jika memilih syukur dari kufur
Jika memilih taqwa dari putus asa
Jika memilih sopan dari hinaan
Jika memilih diam dari banyak bicara
Jika memilih sabar dari kesombongan
Mar 6, 2013
Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
* Tetiba rasa mcm nak pregnant lagi..hehe.

KESEDARAN
Ya Allah tiada perkataan yang mampu aku ucapkan untuk menggambarkan betapa bersyukurnya diriku di atas segala Rahmat-Mu..Hari ini ketenangan hati ku disentap, walau pengakhirannya tiada bad stories tapi kejadian itu membuka mata aku betapa besarnya Kuasa-Mu Ya Allah..
Selepas lunch tadi aku dapat panggilan telefon dari pengasuh anak-anak..hari pertama di rumah pengasuh tersebut kerana taska tempat mereka dijaga terpaksa ditutup seminggu untuk tujuan kuarantin pencegahan penyakit kaki, tangan dan mulut..Berita yang sangat mengejutkan aku adalah anak aku hilang!!
Kata pengasuh tersebut dia tinggal anak2 aku untuk buang sampah dan ke kedai sebelah apartment. bila sampai kat rumah pintu terbukak dan anak-anak aku tak ada..dengan segera dia mencari sekitar blok tapi tak jumpa. Then dia terfikir untuk kontek kawan aku tanya alamat rumah aku..dan bila sampai di sana jumpa anak-anak aku bersama seorang lelaki.
Ya Allah, bila ditanya pada Naufal katanya acik lambat sangat tu yang dia nak balik rumah..Ya Allah aku amat-amat bersyukur pada-Mu, dalam kelalaian aku ni Engkau masih memberi yang terbaik pada aku..Di saat aku melupakan-Mu tapi Engkau sedikit pn tidak pernah melupakan aku..
Ya Allah tak sanggup aku bayangkan jika anak-anak aku tidak dijumpai..adakah aku masih waras untuk menjadi seorang manusia?untuk membayangkan pun aku rasa tak sanggup apalagi untuk menghadapi realiti??
Ya Allah, ujian sedetik ini membuka mataku betapa Engkau Maha Penyayang ke atas hamba-Mu yang jahil ini. Ujian sedetik ini membuat aku sedar ertinya kasih-sayang..
Ya Allah,aku bersyukur kerana Engkau tidak mengambil nikmat-nikmat hidup (anak2) yang telah Engkau kurniakan kepadaku..Aku bersyukur kerana mereka masih menjadi milikku, menjadi penyeri hidupku..
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu lindungilah keluargaku dari segala kejahatan dan dari segala niat buruk orang..Amin.

Mar 4, 2013
ALHAMDULILLAH YA ALLAH
Just ingin mencoretkan apa yang aku rasa sekarang..Aku rasa sangat bersyukur Ya Allah kerana Engkau telah melapangkan rezeki kami..Aku berasa tersangat cukup dengan rezeki yang Engkau kurniakan..
Diberi ujian anak sakit selama 2 minggu, aku tidak dapat meneruskan tugasan seperti biasa kerana anak tidak dapat dihantar ke taska, dalam hati mulai bimbang kerana aku pekerja kontrak yang dibayar gaji hari..Namun sebagai seorang ibu wang bukanlah keutamaan, aku redha andai rezeki ku berkurang bulan tersebut..
Namun, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, Dia anugerahkan aku rezeki yang lebih banyak daripada gaji aku yang sepatutnya..Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau utuskan seseorang menjadi pengantara antara rezeki Engkau kepada aku iaitu suamiku sendiri..
Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau memberi aku ujian menjaga anak sakit, namun Engkau membalasnya dengan rezeki yang melimpah..
Sesungguhnya jadikanlah aku hamba-Mu yang selalu bersyukur kepada-Mu disaat susah mahupun senang, Jauhkanlah aku dari menjadi hamba-Mu yang suka merungut dan tidak bersyukur..
Terima Kasih juga kepada En. Suami yang sangat memahami dan sangat pemurah. Semoga Allah merahmati hidupmu dan memberi rezeki yang berlipat kali ganda..Amin.

Mar 1, 2013
Ninetologi Stealth II i9500 Smartphone
Balik keje semalam En. Hubby suruh aku bersiap-siap nak gi Mines..Bila tanya nak beli ape dia cakap adala..Rahsia sangatla ye..Then sampai je kt Mines tu dia terus ke tempat fon,aku rasa macam dia nak repair fon dia yang dah tak berapa betul lepas kena baling ngan si Aqil..
Then dok belek-belek fon yang termasuk dalam kategori dapat rebate RM200 tu..Then offer plak si isteri nya nak ke x? of course la isterinya ini tak pernah menolak pemberian orang..hehe..
Tak perlu pilih ke ape, memang jenis aku apa yang orang nak bagi itulah yang aku ambik..Lagipun aku bukanlah jenis penggemar gadget-gadget baru, tak pernah aku follow pun benda-benda alah ni semua..Masih setia dengan Samsung COrby II aku yang tersangat cikai..orang lain pun dah tak pakai kot..tp aku still pakai sebab yang penting bagi aku sms dan call sahaja..internet bagai aku prefer pakai lappy aku..kadang-kadang je online pakai fon sebab kt rumah ada wifi..application yang canggih-canggih aku tak pernah guna..begitulah simplenya hidup aku, sama simple ngan Samsung Corby aku tu...
Then En.Hubby nampak berkenan dengan Ninetologi..katanya bagusla,application hampir sama dengan brand-brand canggih yg harganya ribuan RM tu..aku iyekan saje, sebab memang aku tak pernah ambik tahu benda-benda tu..kalau tengok kepada design aku berkenan, tu jela..hehe..
Akhirnya En.Kedai tu bagi cover kaler BIRU untuk Hubby dan HIJAU EPAL untuk aku..dia cakap tu je kaler yg ada..yooo laa tu, tapi aku ok je ngan kaler tu..Tak dapat IPHONE Apple kita pakai fon Hijau Epal pun dah terubat keinginan aku tu..hehe..
Thanks to Mr.Hubby sebab sejak akhir-akhir ni U are too GENEROUS, sangatla murah hati dengan adinda sekarang ye..Adinda tak minta pun kakanda bagi..Dapat lagi dibelanja contact lens yang aku mengidam nak pakai sebab very comfortable..biasa pakai softlens biasa je,tp kali ni rasa nak pakai Acuvue Oasis, kerana pernah dapat trial set..Memang best sgtla moist and sampai ke malam tak kering..Thanks hubby tolong bayarkan jugak..
Adinda pun tak pasti kenapa kakanda terlalu bermurah hati sekarang...Janganla pulak ada agenda tersirat ye kekanda..tak pasal adinda yang lemah lembut ni tranform jadi singa jadian..hehehe..
Ni Features dia:
Features
Stealth II defines itself as a must-have gadget for brave, classy and intelligent individuals. The mighty Stealth II runs on Android 4.0 and stands strong as the complete smartphone with prominent characteristics of 5.0 inch touch screen display, 8.0 megapixel camera equipped with proximity and motion sensor . Its dual sim feature suits active lifestyles of avid social media users. Irresistible matte finish back cover makes it uniquely gorgeous, preventing minor scratches and fingerprints.
Specifications superbuy:XME1415
Dimension: 147mm x 76.5mm x 9.7mm
Weight: 164g
CPU: Dual Core 1.0 GHz
Operating System: Android 4.0
Memory
Internal: 4GB ROM / 512MB RAM
External Storage: MicroSD, up to 32GB
Display
Size: 5.0”
Resolution: 854 x 480, FWVGA (~196 ppi pixel density)
Technology: IPS, Capacitive, 16M colors
Connectivity
Network: GSM 900/1800 MHz, UMTS 900/2100MHz
SIM 1: GSM / WCDMA
SIM 2: GSM
Data: HSDPA , HSUPA, EDGE & GPRS
Wifi: Yes ( 802.11n, 802.11g, 802.11b)
Bluetooth: BT 3.0
GPS/ AGPS: Yes/Yes
Camera
Rear Camera: 8.0 MP
Front Camera: 0.3 MP
FeaturesFace Detection, Auto Focus,LED Flash
Sensor
Proximity Sensor, Motion Sensor
Connectors
USB: USB 2.0
SD Slots: Yes
Audio Output: 3.5mm Audio Jack
Power & Battery
Capacity:Li-lon 2000mAh
Multimedia
Player: MP3 / MP4 Player
Audio Format: MP3 / MIDI / AAC / AMR / WAV
Voice Recording: AMR
Video Format: 3GP / MP4
Video Recording: 3GP (720p@29fps)
Features
3G Video Call, Dual SIM
Apps
Social Network: Facebook
Productivity & Utilities: Gmail, Maps, Document to go
Gaming: -
Entertainment: Youtube, Radio FM
Appstore: Google Playstore
Browser: Android Native Browser
Accesories
Charger, USB Cable, Battery, Earpiece, Screen Protector,
Quick Start Guide, Warranty Card
Packaging
Matt Paper Box
Subscribe to:
Posts (Atom)