Jan 2, 2014

Happy New Year 2014

Alhamdulillah..

Masih diberi rezeki untuk terus bernafas di bumi Allah ini..

Alhamdulillah..hari pertama naufal ke sekolah, kelas PraPintar..semoga menjadi anak yang pintar hendaknya..

Dan diri aku masih tertunggu-tunggulan surat pelantikan daripada pihak KEMAS Putrajaya..kursus sudah, tiba masanya untuk mendidik anak bangsa..semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidupku..

Azam tahun baru??

Azam tahun baru hanya wujud zaman aku kecik-kecik dulu je..bila dh dewasa tiada azam baru pada tahun baru..kerana setiap kehendak dan azam baru akan datang tak kira masa..awal tahun, tengah tahun atau akhir tahun..

Apa yang paling aku harapkan aku akan jadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam, jadi isteri yang lebih baik, jadi ibu yang sempurna untuk anak-anak, dan paling utama agar aku dapat membalas jasa kedua orang tua aku...

Semoga Allah permudahkan rezeki aku tahun ni agar aku dapat berkongsi dengan insan-insan kesayangan..Semoga semua dipermudahkan..


SEMOGA 2014 MEMBERI SEJUTA KEGEMBIRAAN BUAT SEMUA...AMIN

No comments:

Post a Comment