Jan 12, 2014

DI SINI BERMULA KISAH SEORANG GURU..

Alhamdulillah..

6 Jan 2014 aku diminta melapor diri di pejabat KEMAS Wilayah di Menara TH Perdana, Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur..Alhamdulillah hanya seminggu selepas menamatkan kursus telah dipanggil untuk bekerja..

Dan mungkin rezeki aku agak baik di permulaan tahun baru ini apabila ditempatkan di Tabika Kemas JPM..berhadapan dengan ofis Mr.Hubby..melalui main gate yang sama.

Bermulalah rutin mendidik kanak-kanak di kelas JPM(7)..anak-anak murid pertama akan menjadi kenangan seumur hidup..cikgu sue sayang kamu Aqeef Darwisy, Khaleef Haykal, Faiz Haikal, Faizzudin, Manesh, Irfan, Aiyah Humaira, Fassihatul Ulfah, Aina Najwa, Nurin, Arissa dan Qaseh..

Bermula rutin Naufal mula belajar di PraPintar SK Putrajaya(1)..Habis sekolah pukul 12pm akan stay kt Tabika aku sementara menunggu pukul 2..Bahagianya dapat balik kerja pukul 2pm..dapat ke Mydin tanpa perlu bersesak untuk buat pembayaran =)..

Then plan asal nak bawa Aqil ke Tabika aku,tapi terpaksa diubah saat akhir di atas masalah yang tidak dapat dielakkan..tak apela sayang, you are too young to be in school..but next year bolehla masuk tadika.

Then bermulalah juga rutin seorang guru untuk menyiapkan Rancangan Aktiviti Harian (RAH), di sini bermula episod aku menyelak buku, berfikir, search internet..setelah bertahun meninggalkan zaman belajar now baru aku belek buku balik..hehe..otak yang selama ni berada di zon selasa terpaksa bekerja semula..hehe..sila bekerja En. Otak ye, jadikan aku orang yang cerdik..hahaha.

How times flies..aku tak pernah imagine untuk jadi seorang guru, and now i'm preschool teacher..who knows something we hate the most become our carier, and I love it so much..i love to be with sincere kids, they never lie to you..

Ya Allah beri aku kekuatan untuk mendidik anak-anak kecil ini dengan seikhlas hati dan dengan penuh kasih sayang..semoga perjalanan ini bukan hanya untuk mencari rezeki, tetapi untuk mendapat keberkatan di dalamnya..Amin Ya Rabbal Alamin..

- first day at Tabika JPM(7)~ 2014 -

No comments:

Post a Comment