Aug 24, 2014

ANUGERAH TERINDAH

Assalamualaikum..



Setelah lama menyepi hari ni rasa nak kongsi sesuatu..
Alhamdulillah dengan izin Allah sekali lagi dapat merasa nikmat mengandung..

Pagi Jumaat 22 Ogos 2014,terjaga saje dari tidur terus ke bilik air dan check..Hati rasa berdebar, jantung berdegup kencang.

Pada mulanya keputusan seakan menghampakan..nama beberapa saat kemudian, garis kedua samar-samar kelihatan..dan semakin terang..

Alhamdulillah Ya Allah betapa aku rasa bahagia, rasa sangat bersyukur dengan anugerah yang memang terlalu aku harapkan..

Rasa sebak mula menguasai dada, sebak kerana begitu besar kasih - sayang yang Engkau berikan..Dalam pada aku lalai dan berdosa Engkau masih memperkenankan setiap permintaanku, harapanku..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-Mu yang kerdil ini.

Air mata tak dapat terbendung menahan rasa kecilnya aku di mata-Mu Ya Allah..Sesungguhnya hadiah yang Engkau berikan ini sungguh besar dan tak ternilai buatku..

Sesungguhnya jadikanlah aku hamba-Mu yang senantiasa bersyukur dan redha dengan segala ketentuan-Mu..

Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam kandunganku. Berilah dia kesempurnaan fizikal, kecerdikan akal dan kesihatan yang baik Ya Allah..Lindungilah dia dari panahan mata syaitan, jadikanlah dia sebaik-baik kejadian-Mu Ya Allah.