Aug 14, 2013
RENUNGAN HARI RAYA
~ Aidilfitri 2013 ~
NOTA KAUNSELING: JAUHI HASAD DENGKI
Apabila berkumpul di Hari raya bersama sanak saudara tentu ada perasaan yang tidak baik wujud di antara kita. Rasa hasad dengki, iri hati dan saling membanding antara satu sama lain mudah disemarakan oleh bisikan syaitan yang mahu kita bertelagah antara adik beradik dan sanak saudara.
Oleh itu jika ada sanak-saudara dan ipar duai mencerita nikmat yang mereka perolehi, segeralah ucapkan tahniah dengan seikhlas hati. Padamkan segera perasaan negative yang mungkin wujud di hati kita.
Dengan segera mengucapkan taniah, sebenarnya kita mengucapkan rasa SYUKUR atas nikmat ALLAH yang dikurniakan kepada mereka. Kita menjauhkan diri dari hasutan syaitan.
Jika kita irihati dan hasad dengki, bermakna kita mempersoalkan takdir ALLAH untuk mereka. Siapa kita yang mempersoalkan semua takdir ALLAH. Tanda kita dikuasai iblis dan syaitan adalah apabila kita rasa sakit hati dengan nikmat yang dikurniakan pada mereka.
Malah hasad dengki hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.
Allah berfirman: “Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya”. (al-Imran: 120).
Rasulullah juga memperingatkan dalam hadis yang bermaksud: Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering. (riwayat Imam Abu Daud).
Sifat hasad dengki ini sebenarnya menggambarkan isi hati kita yang masih keruh dan mudah dipengaruhi syaitan. Ia akan memecahbelahkan hunungan antara sanak saudara dan ipar duai.
Ikhlaskan hati dengan segera mengucapkan tahniah kepada mereka yang dikurniakan nikmat oleh ALLAH.
**** Ya Allah ampunkan dosaku jika ada terdetik perasaan iri hati..semoga hari mendatang lebih baik dari hari semalam. Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Jauhilah aku dari sifat iri hati dan jadikanlah aku hamba-Mu yang penuh dengan kasih sayang ****
Subscribe to:
Posts (Atom)